Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak habis sambal tak enak. | Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ulam mencari sambal. | Perempuan yang mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. | Bersama-sama dalam senang dan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Runcing telunjuk memalit sambal lada. | Hidup miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hulam (ulam) dengan sambal. | Tentang perhubungan lelaki dan perempuan yang sama-sama jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. | Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rosak anak oleh menantu. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |