Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sana-sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sebanyak hutang si Jibun.

Bermaksud :

Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jadi bapa kuda.Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebanyak hutang si Jibun.Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik.Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meletup di sana, di sini bunyinya.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain bengkak lain bernanah.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas