| Santan ke pasu, ampas pun ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Santan dibalas dengan tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meramas santan di kuku. | Minta sesuatu kepada orang yang tak punya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti santan dengan tengguli (= gula). | Sangat sesuai; sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemah-lembut santan berlada. | Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga. | Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang. | Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |