Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sayap singkat, terbang hendak jauh (= tinggi).Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah sayap bertongkat paruh.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah dihubung, hilang diganti.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah tongkat berjermang (= bertelekan).Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas