Bagai hantu makan dedak. | Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pada sama tumbuh dengan siangan, adat sama tumbuh dengan sengketa. | Adat berdiri kerana ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. | Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. | Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |