Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai sadur menimbulkan(kan) senam.Telah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai pimping di lereng bukit.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai petai sisa pengait.Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai orang mencacak tonggak saja.Masing-masing diam tidak berkata-kata. mencacak = berdiri tegak lurus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai orang mabuk gadung.Pucat lesi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai minyak dengan air.Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai langau di ekor gajah.Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kunyit dengan kapur.Mudah dan lekas mesra.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kucing di atas tembok.Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kera mendapat pisang.Sangat gembira.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas