Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih. | Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menohok sepeninggal ciling. | Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. ciling = babi hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi siamang kenyang. | Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beranak tiada berbidan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bau busuk tidak berbangkai. | Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjolok sarang tabuan. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah (= menentang) matahari. | Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasuh najis dengan mala. | Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai cacing gila. | Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |