Kemahiran itu sebaik-baik guru. | Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi teduh lagi berkajang. | Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggenggam erat, membuhul mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar. | Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga. | Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri. | Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |