| Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lading tajam sebelah. | Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Timbangan berat sebelah. | Tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. | Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga. | Cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai bertepuk sebelah tangan. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |