Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertepuk sebelah tangan. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Percaya pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain buta mata keduanya. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. | Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |