| Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. | Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpan seumpan, kail sebentuk. | Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |