| Mujur Pak Belalang. | Beruntung secara kebetulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memanjat dedap. | Melakukan perbuatan secara nekad. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enggang lalu ranting patah. | Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Penghisap candu gelap. | Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buka kulit, ambil (= tampak) isi. | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minyak habis sambal tak enak. | Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Singkap daun, ambil isi (= buah). | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengalih kain di balik rumah, mengalih kata berdepan. | Memungkiri janji secara mendadak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |