| Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang. | Pendirian yang tetap. sedang = cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. | Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Banyak habis, sedikit sedang. | Tentang membelanjakan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung). | Belum ada keputusan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertukar jiwa dengan semangat. | Sedang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak akan aib kucing biang. | Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah meraba-raba tepi kain. | Orang yang sedang sakit payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lepas putih hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |