Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedepa

Puisi
 

Daun pandan panjang sedepa,
     Dibawa orang meredah lumpur;
Siang dan malam saya tak lupa,
     Lupalah lupa di dalam tidur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sedepa jalan ke muka,
     setelempap jalan ke belakang.

Bermaksud :

Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.Kesukaran berdagang ke negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang sehasta takkan jadi sedepa.Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beroleh sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti Belanda minta tanah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas