| Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor cacing menelan naga. | Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah? | Orang yang pandai bukan seorang, sesuatu perkara itu akan terus berlaku walaupun ada seorang yang tidak menyukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan seekor rosakkan ikan setajau. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis proselin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencit seekor penggada seratus. | Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |