| Bulan dipagar bintang. | Cocok segala-galanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti cincin dengan permata. | Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin. | Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tampan sudah, langgam terbawa. | Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memperagakan duri sebatang kepada landak. | Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |