Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gan.se.gan] | سݢن٢

Definisi : malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segan-segan

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Segan menggerak lingkar.

Bermaksud :

Terlalu malas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Segan bertanya sesat jalan.Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Segan menggerak lingkar.Terlalu malas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut.Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup segan mati tak mahu (= embuh).Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Segan bergalah, hanyut serantau.Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menugal rajin menuai segan.Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah.Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu makan, perut lapar.Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun nipah dikatakan daun labu.Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas