Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.geng.gam] | سݢڠݢم

Definisi : banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.geng.gam] | سݢڠݢم

Definisi : banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segenggam

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Secubit tiada dapat menjadi segenggam.

Bermaksud :

Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Daripada segenggam jadi segantang.Bernasib baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Secubit tiada dapat menjadi segenggam.Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas