Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ia] | سأيا

Definisi : sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seia

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rentak sedegam,
     langkah sepijak.

Bermaksud :

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekebat bagai sirih.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rentak sedegam, langkah sepijak.Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setumpuk lalu, sebondong surut.Seia-sekata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti raja dengan menteri.Seia-sekata dalam semua perkara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama lebur sama binasa.Seia-sekata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seukur berbaur, bertopang bercerai.Kalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut.Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serangkap bak lembing, serumpun bak serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas