Jejaknya keruh. | Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mayang menolak seludang. | Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat lama pusaka usang. | Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir. | Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. | Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |