Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Percakapan sejengkal dibawa sehasta. | Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkal sehasta (= sejengkal) tidak terkedang. | Orang bodoh yang keras kepala. terkedang = terluruskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut panjang sejengkal. | Merasa tidak senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejengkal menjadi sehasta. | Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cakapan sejengkal dibawa sehasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari yang sehasta sejengkal. | Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali. | Hidup dalam kemelaratan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang. | Kesukaran berdagang ke negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |