Dimakan kapang habis berlubang. | Menderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi). | Sangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu kucing dengan babi. | Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gemi berjodoh dengan ikan. | Pertemuan yang sangat sesuai. gemi = sejenis ikan, kemi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang ikan dalam kerabu. | Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. | Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan seekor rosakkan ikan setajau. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis proselin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang. | Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi. | Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang. | Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |