Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. | Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk lalu kiambang bertaut. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman Tuk Nadur berkajang kain. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. | Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |