Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera. | Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera. | Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh kali ukur, sekali kerat. | Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. | Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |