Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. | Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing. | Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya. | Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rebut rampas bertanda-beti. | Sekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Satu dijentik, sepuluh rebah. | Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Satu ditetak, sepuluh rebah. | Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak. | Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai di rumah induk bako. | Merasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih. | Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |