Sekebat bagai sirih. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rentak sedegam, langkah sepijak. | Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setumpuk lalu, sebondong surut. | Seia-sekata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti raja dengan menteri. | Seia-sekata dalam semua perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama lebur sama binasa. | Seia-sekata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seukur berbaur, bertopang bercerai. | Kalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serangkap bak lembing, serumpun bak serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seciap bak ayam, sedencing bak besi. | Seia-sekata dalam semua pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |