Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekuntum

Puisi
 

Bunga tanjung dari utara,
     Jatuh sekuntum melayang-layang;
Bagaimana hati tidak gila,
     Tidur malam terbayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.

Bermaksud :

Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.

 

Lihat selanjutnya...(4)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kodok dapat bunga sekuntum.Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas