| Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. | Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana kain (= benang) putih. | Senantiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan upas berulam racun. | Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jiwa bergantung di hujung rambut. | Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. | Hidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun. | Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti beting dipalu ombak. | Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua tupai tak tidur atas tanah. | Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |