Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.gu.lung] | سڠݢولوڠ

Definisi : sj binatang spt lipan (bergulung apabila disentuh), pinang kotai bukit (Kl), pinang gusi (Ph), Oniscomorpha spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.gu.lung] | سڠݢولوڠ

Definisi : alas kepala (dibuat drpd kain yg digulung, sabut, dll) yg digunakan ketika menjunjung sesuatu; bersenggulung memakai senggulung (ketika menjunjung); mencencang berlandasan, me-lompat bersetumpu, menjunjung ~ prb jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segala alat dan syaratnya dahulu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.gu.lung] | سڠݢولوڠ

Definisi : ; ~ hati penyakit memulas (hati, perut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senggulung

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Besar senggulung daripada beban.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beban berat senggulung batu.Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar suap daripada mulut.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas