Seperti sengkalan tak sudah. | Sesuatu benda yang amat buruk kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung terbang dipipiskan lada. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rusa di hutan, kancah sudah dijerang. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |