Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kesusahan (kesulitan dll), pen­deritaan: berbagai-bagai ~ dan kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan; 2. menderita kesusahan (ke-sukaran dll): buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~; menyengsarakan menjadikan (menye­bab-kan, mendatangkan) sengsara, meng­aniaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata; engsaraan perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengsara.

Puisi
 

Anak raja menjadi duyung,
     Menjadi duyung di dalam laut;
Sangat sengsara hendak bergantung,
     Rasa bergantung di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagaimana kumbang putus tali.

Bermaksud :

Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti pelanduk terlepas dari jerat.Terlepas daripada sengsara; kecepatan sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana kumbang putus tali.Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari.Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas