| Sepuluh kali ukur, sekali kerat. | Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga. | Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepuluh bintang, bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu. | Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit. | Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Satu ditetak, sepuluh rebah. | Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Satu dijentik, sepuluh rebah. | Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. | Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka. | Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |