Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah. | Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit. | Keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu. | Keadaan yang serba salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki. | Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. | Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam lepas bertaji. | Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar. | Dalam keadaan yang serba salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalu hangus, surut layu. | Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |