| Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. | Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. | Sangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu) | Sedikit (= kecil) sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu. | Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. | Suka bertandang dan makan di rumah orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |