Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ta.ser.ta] | سرتا٢

Definisi : = serta-menyertai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta-serta

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi.Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertumpang di biduk tiris.Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sangkar emas, tenggeran suasa.Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumur digali air terbit.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit.Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas