| Cembul dengan tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai cembul dapat tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu ruas dengan buku. | Sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti telap dengan tudungnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai dulang dengan tudung saji. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersua beliung dengan sangkal. | Sangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai lepat dengan daun. | Sangat sesuai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana terung bertunang ikan kering. | Sangat sesuai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti santan dengan tengguli (= gula). | Sangat sesuai; sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |