Tarik puntung padamlah bara. | Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing lepas ke parak. | Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tekukur mengikut kata. | Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diberi berkuku hendak mencengkam. | Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |