Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (dgn) sekeĀ­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tarik puntung padamlah bara.Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing lepas ke parak.Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan.Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tekukur mengikut kata.Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi berkuku hendak mencengkam.Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bembam bukan terung.Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas