Berminyak tak licin. | Setengah-setengah tidak sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau. | Pendapat yang bermacam-macam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroja berpegang ekor. | Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rambut sudah dua macam (= warnanya). | Orang yang sudah setengah umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbuat kerja seperti yajud wa majud. | Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam. | Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |