Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : bahagian layar yg boleh digulung (utk mengurangi angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setinggi

Puisi
 

Pokok pauh di tanah seberang,
     Benih berasal dari kampung;
Dari jauh kami nan datang,
     Besar harapan setinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Setinggi-tinggi melanting,
     jatuhnya ke tanah juga.

Bermaksud :

Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas