| Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. | Alpa dan lalai mengakibatkan bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia. | Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perut tiada bertelinga. | Sia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyenduk kuah dalam pengat. | Sia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjaring angin. | Perbuatan yang sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkering air liur. | Nasihat yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghasta kain sarung. | Pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menanam mumbang. | Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menaikkan bendar sondai. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |