Dirintang siamang berbuai. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi siamang kenyang. | Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai siamang kurang kayu. | Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. | Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |