| Seorang budi-budian, seorang tabung seruas. | Dua orang yang berlainan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nampak kulitnya tahulah isinya. | Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya. | Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |