Kalau pandai makan, pandai simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Pandai makan tak pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai makan tak pandai simpan. | Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahu makan, tahu simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati. | Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |