Jauh panggang dari api. | Jawapan atau sindiran yang tidak tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyinggung mata bisul orang. | Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggetil puncak kedal orang. | Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga terbakar muka menyala. | Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah-lembut santan berlada. | Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta. | Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Binatang tahan palu, manusia tahan kias. | Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |