Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.rang] | سوارڠ

Definisi : Mn harta yg diperoleh oleh suami isteri selama dlm perkahwinan, milik bersama (syarikat dll); ~ diagih, sekutu dibelah prb jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kpd kaum masing­masing; bersuarang NS bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan utk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama; menyuarangkan bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suarang

Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buntar dikeping, suarang diagih.Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Suarang diagih, sekutu dibelah.Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas