| Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menabur benih di tanah yang subur. | Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti benih baik di tanah subur. | Berbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ikan lampam di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti birah tumbuh di tepi lesung. | Anak-anak yang lekas subur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar diambak, tinggi dianjung. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |