Macam ular kekenyangan. | Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |