Biar penat badan asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu dengan suka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia. | Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar badan penat asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. | Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Agih-agih kungkang. | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lulus tabuh perhatian. | Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |