Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. | Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia. | Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar penat badan asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu dengan suka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut. | Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia. | Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |